Tuesday, April 13, 2010

Aku penyewa kereta/

Untuk merealisasikan impian untuk berjaya dalam dunia akademik memerlukan kesungguhan mental dan fizikal. bukan itu sahaja malahan kewangan. Kita merancang dan dirancangkan untuk berada disini selama 3 tahun tetapi berlaku sedikit permasalahan maka akan ditambah menjadi 4 tahun. Kewangan kita juga akan tersangkut, ya lah sebab Ptptn da habis tempoh dan menunggu untuk membayar semula.

Apakah aku perlu berharap lagi pada ptptn saja? atau kepada ibu bapa? biarkan mak abah tidak rasa terbeban dengan aku untuk menangung belajar aku. biarkan aku sendiri yang mencari rezeki dengan berniaga. Berniaga kereta sewa? sememangnya pekerjaan mudah, tetapi memerlukan semangat yang kuat. Anda pun boleh berniaga, asalkan tahu caranya. Nak dapatkan kereta bukan senang. takut jadi seperti kawan ku yang ditipu.

Jangan excited ingin mencetak wang dengan kereta sewa.. banyak yang kena belajar. Dari marketing sehinggalah servis kereta.

aku suka menyewakan kereta, kerana ak dapat mengenali ramai pelajar, serta tahu apa yang pelajar inginkan. tak semua kita serupa dan sama. masing2 ada kekuatan masing2.

do the best off your self.


No comments:

Post a Comment