Khazanah Agung
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 15, 2013
Da beralih ke blog baru
kalau ada kesempatan baru aku bagi link. sebab aku kan perahsia.. biar aku je tahu apa aku buat. dalam FB pun tak banyak soal cerita aku. biar aku, dia, mereka dan ALLAH tahu,...
Insyallah yang berkenaan je akan boleh baca blog aku. kalau ada sudi. whatsapp ke wechat ke email ke ym ke apa je la kat aku ye.. 0137120543..
Sunday, October 9, 2011
Jalan ke sana.. Andai dimengertikan
Ketulusan Hati
Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah
Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Wednesday, April 13, 2011
Jiwa anak melayu
Anak melayu ini dilahirkan dengan kasih sayang.. Di sebuah kg kuala kubu baru, yang penuh dengan hidup kepartian dan kemelayuan. Ayah nya umno, mak juga umno, atuk umno. Pakcik pula aliran islamik iaitu pas.. “anak melayu” serba salah untuk menentukan hidup dalam memilih, .. “anak melayu” membiarkan dirinya untuk tidak memilih, kerna dia masih kecil lagi dalam dunia politik sempit ini.
Di tv .. “anak melayu” lihat, umno terbaik, semua kerja baik, pembangunan, ekonomi, naik harga minyak juga baik.. dia menjadi pelik, kenapa ini berlaku? Semuanye baik-baik belaka… sedangkan movie doraemon yang dia tonton dan minat juga ada watak jahat, dan dalam baik ada jahat dan keburukan.. namun, tepat jam 8 malam .. “anak melayu” ini tercegat depan tv untuk dengar berita jam 8.. sedang bapaknya sibuk dengan cerut dan Nescafe nya.. sambil mengelap kasut hitam untuk bertemu YB esok hari. Bapaknya pengampu orang kaya..
.. “anak melayu” nak tegok apa berita malam ni.. mesti best kalau dengar pasal bunuh, rogol, tanah runtuh, gro. Semua negative dalam fikiran anak muda ini… terasa juga sesekali untuk langgan gro.. bisik jiwa nakal.. jangan paksa dia berlaku dusta.. kerna dusta itu nyata..
Sedang dalam bicara ditemani mak, yang kuat menjahit, menjahit baju Datin salbiah Hassan, wanita umno.. mak juga pengampu orang kaya.. “anak melayu” ni pun anak pengampu agaknye bila da besar. Berita malam ini, dia amat teruja…. Kes liwat.. eeee.. liwat tu apa? Sodomi tu macamna? Hati kecil bertanya.. terus tutut lincah lidah bertanya kepada mak..
mak jawap ringkas.. Tanya bapak kau.. dia sememangnya takut dengan bapak.. belum sempat bertanya.. terpacul dari mulut bapak.. dasar kaki bontot, memang patut kau keluar dari umno… takde maruah,. Pengkhianat agama… ajen CIA.. haram jadah””… wow bapak sangat sensitive dengan politik.. terus .. “anak melayu” masuk ke bilik.. x ingin didengar cacian dan makian dan umpatan.. mak dan bapak.. terhadap si “Peliwat”.. benak hati “anak melayu” berkata.. “apa itu liwat.. kaki bontot tu dia suka bontot ka.. pompuan takde bontot ka.. aku jadi blur””…
ESOK, hari sekolah… bosan.. hari-hari sekolah ada sejarah… “aku tak suka sejarah, cikgu sejarah dan semua yang berkaitan sejarah.. esok.. aku nak buat-buat demam”..perancanagn untuk ponteng kelas”.. hehe.. hope Berjaya.. bisik .. “anak melayu”..
Dia coretkan nukilan tentang apa dia rasa tentang bapak dan maknya.. mereka ajarkan dia tentang agama.. jangan memaki hamun, fitnah, mengumpat, adu domba.. tapi mereka buat itu di rumah.. mereka hina melayu Pas. Islam PAS sebagai kolot.. mereka umno.. islam macamana pula,,,,..
DIA tertekan dengan hidup ini.. living is hard.. .. “anak melayu” ini inginkan kenyataan dan fakta.. mana betul mana salah.. agama dia anuti sekarang betul boleh bawa dia ke syurga kah?? Agama Islam ajarkan tentang Sabar, Berbuat baik.. tapi kehidupan seharian… aku anak melayu.. mak aku melayu.. bapak aku melayu katanya…
“”Salah kah aku melayu.. kalau aku rasa tertarik dengan fakta dari PAS. adakah aku bukan melayu lagi.. kalau tau bapak aku.. mampus aku dikerjakan.. walaupun aku pergi tarbiyah ketika aku kecik.. aku ingin carik kebenaran…. Melayu pas pun rupanya sama.. ada maki hamun melayu umno.. Ya Allah.. siapa yang benar sebenarnya.. kenapa umno dan pas tak ubah.. sama satu dan lain.. si umno hina si pas.. si pas hina si umno…. Apa kah bila pas buat dapat pahala.. umno buat dapat dosa??””.. Perasaan panas .. “anak melayu” membuak-buak..
KAlau si umno cakap si Pas.. orang pas kata fitnah,, namun kalau si Pas mengata umno. Tak kira pula fitnah… tapi dianggap Fatwa pula.. ya salam..
Menurut “anak melayu” lagi… Agama apakah ini.. melayu apakah ini??.. aku di usia yang muda ini sudah terpikir apa akan jadi ketika aku usia 30an nanti.. kalau perpecahan ini selalu terjadi.. aku anak kecil yang inginkan melayu bersatu… umno bapak ku, jentera-jentera, dan ahli umno biasa rajin bekerja untuk parti.. tapi sayang Presiden dan MT umno yang tertinggi korup dan kurap.. manakala PAS.. kepala dan nakhoda nik aziz bagus… namun yang bawah-bawah.. hancus… APakah? DAP dan PKR??
MAna pejuang melayu aku nanti.. aku ingin menjadi macam onn jaafar.. pejuang bangsa,.. untuk semua.. tak kira kaum.. namun sayang.. idea membuka umno kepada orang luar tak diterima.. Impian si “anak melayu”
Akhirnya.. terbuku semangat kemelayuan aku.. aku mempunyai cita-cita dan harapan agar melayu itu bersatu. Kita sesama kita sama agama, bangsa. Aku berdoa agar, satu hari kita akan bersatu.. atas panji melayu dan islam.. Adakah bila kita bersatu, kita menyisihkan kaum lain? Bukan itu maksudku.. yang kita patut amalkan islam sebenar. Yang berlaku adil kepada semua kaum dan bangsa.. kita manusia hidup seangkatan dan bersatu.. aku suka bila pergi ceramah PKR bersama kawan-kawan, kadang-kadang ada kelompok cina DAP yang datang, bersalaman orang melayu. Aku teruja dan suka sangat.. kerna kita sebenarnya melayu dan cina dan india boleh bersatu. Kadang-kadang dalam ceramah DAP, orang PAS ada juga berucap, bayangkan orang cina mampu memberikan sokongan pada PAS.. ini baru 1 Malaysia yang sejati.. bukan retorik.. aku sayang bangsa ku.. dan ku ingin bangsa lain juga bersatu besama bangsa ku.. membentuk NEGARA MALAYSIA>>>>>>>>>> jiwa anak melayu..
PS: Walaupun tak berharta, tapi aku ingin hidup senang. Sudah lama tidak merasai nikmat hidup.
Thursday, April 7, 2011
Nota kecik...
Monday, April 4, 2011
Bersawang tangan.. MAaf :::
Salam,
Sudah terlalu berusia untuk di nukilkan disini. Entah apa terjadi pada sang arjuna yang terpelosok dalam buaian mimpi hingga tidak sedar untuk mencoretkan sedikit demi sedikit untuk tatapan sang pencinta ilmu.
Sejak sekian kali nya aku terasa bagai diawang-awang, mencari diri dan mengenal bumi yang bertanah dan berlangitkan matahari..
Semenjak akhir ini, kesihatan yang semakin pulih, Cuma batiniah masih dalam keadaan resah.. mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang timbul. Hanya sekadar mencari permasalahan agar diselesaikan dengan segera dan efisien. Menurut “rich dad poor dad”, cari masalah dan kemudian selesaikan agar mencapai tahap IQ Kewangan yang bijak. Itu sedang ku lakukan..
Hari yang berlalu sememangnya aku lihat pelbagai norma hidup kearah yang baru. Manusia inginkan kedamaian, ayuh kita kongsikan kedamaian.. alam penuh kehijauan, meniti hari penuh nikmat. Tidak terlewa untuk aku ungkapkan terimakasih cinta kepada insan-insan yang sentiasa disisi membantu dan mengorak aku kearah dunia fatarmogana.. membawa kasih sayang, kebahagiaan, dan kesenangan dalam meniti hidup yang sukar…
Terima kasih hidup ini masih berjalan, wahai pencipta, terima kasih sang internet, membawa aku bersama jiwa2 pembaca.. ucapkan terima kasih,,, itu ilmu dari “Work less, make more”..
Sedang Dale Carnegie menyarankan agar kita banyak memberikan senyuman, kerna senyuman itu membawa kepada persahabatan.. benarlah juga kata-kata dari Mohamed sulaiman “ Jejak Bisnes Rasul” tentang “Tidak akan kenal ISLAM jika kamu tidak tahu jahiliah”.. Dunia barat itu penuh dengan kajian-kajian tentang manusia dan pemikiran manusia.. semakin kenal jahiliah, rupanya, islam telah lama ajarkan.. Insyallah di kemudian hari, akan ku coretkan tentang kuasa dan nilai SEDEKAH… yang orang masih ada yang tau dan tidak tau..
Sekadar berkongsi.. terima kasih anda.. kerna anda sorang yang membaca,,, sayang anda….
Saturday, February 12, 2011
Demonstrasi mengajarkan anda nilai merubah atau dirubah.
Tentunya kita sedia maklum tentang Mesir yang bergolak. Apakah kesan pergolakan kepada kita? Terutama diri kita? Ada kesan? Tentunya secara besar tiada tetapi di perhalusi.. tentunya ada kesan..
Anjakan paradikma perlu untuk menuntut sebuah bangsa dan Negara bergerak seiring 1 matlamat. Untuk menjatuhkan kekejaman pemimpin yang zalim. 30 tahun bukan satu masa yang sekejap untuk membentuk kekuatan seperti itu di mesir..
Apakah kelebihan berdemonstrasi ini? Kalau budaya kita tentunya semua orang takut.. kerna di tangkap dan di ugut dan dihumban kepenjara.. kerna apa? Pemimpin itu risaukan kuasa mereka akan berkurangan.. Sedarkah mereka, andai dihukum seseorang itu, akan menambahkan dendam dan kekuatan dalaman yang akan merubah pada masa depan.
Kita kenang saat onn jaafar berkumpul untuk menentang Malayan union. Apakah tindakan kerajaan pada masa itu? Anda sendiri dapat ketahui.. adakah onn jaaafar takut? Tentunya tidak.. teruskan berdemonstrasi.. dan menentang.. dan akhirnya.. menjadi rentetan kepada kemerdekaan sebuah Negara bangsa…
Kemudian pada 1998, berlaku reformasi, demonstrasi besar-besaran.. Adakah ia memberikan kesan kepada Negara? Tentunya ada… walaupun kerajaan masa itu tidak tumbang, tetapi anda lihat. Apakah berlaku pada hari ini.. setelah 13 tahun berlalu? Mungkin kah kita menunggu 20 tahun lagi?
Cepat atau lambat bukan penting. DEmonstrasi untuk menyuarakan kehendak, untuk diadili dan dihormati semua kerajaan terhadap rakyat..
Pada hari ini, anda lihatlah sekeliling anda.. tidak kira BN atau pembangkang.. pasti ada yang turun ke jalan raya.. berdemonstrasi menuntut hak mereka.. kenapa mereka percaya cara ini boleh jadi baik?? Kerana mereka tidak percayakan system sedia ada.. yang memihak kepada yang berkuasa.. buat baik tetapi kerajaan tak tentu lagi buat baik.. malahan melewat2kan dan melengah2kan.
Oleh itu, mari kita semua, semai dalam jiwa2 yang tenang bahawa.. cara baik yang anda lakukan untuk memenuhi sesuatu namun masih sukar.. apalah salah kiranya, anda mengunakan kekerasan untuk menuntut hak.. dengan percaya bahawa demonstrasi adalah senjata terakhir... untuk menjatuhkan kekejaman dan menegakkan keadilan..
Friday, January 28, 2011
Emas semakin tinggi permintaan?

Kenapa emas bukan perak atau permata?
selain rumah, tanah juga bila kita beli harga akan menaik.. belum ada harga tanah turun sebab tanah orang nak buat rumah.. dan tanah kubur.. tempat nak mati... sekarang zaman tanah semakin berkurangan... lagi2 sekarang banyak tanah da terjual kepada singapura.... Malaysia kan hub pelancongan... betapa mahalnya nilai sekeping tanah...
kemudian kawan ku berbicara tentang EMAS.. SEMUA sedia maklum.. simpan emas bukan hanya pada perempuan sahaja tetapi untuk lelaki.. tapi lelaki haram pakai emas.. simpan emas kan boleh.. kenapa emas?? pelaburan yang bijak dan tepat.. Andai anda ada wang,, cepat2 beli emas atau dinar emas... harga sekarang tengah turun.. aku sedang kumpul wang.. untuk beli sekeping dinar emas...
KEnapa emas penting...
cuba kita rungkai sejarah dunia.... yang kita pernah dengar tentang lagenda, "sahibul kahfi" iaitu golongan yang ditidurkan selama bertahun2 lamanya... apa jadi kepada golongan tersebut bila tersedar.?
Mereka berada di zaman yang lain... di suruh salah seorang penghuni gua yang tertidur itu,, pergi berbelanja di pasar berdekatan menggunakan WANG PERAK DAN WANG EMAS... sungguh masih bernilai kan emas dan perak... walaupun berbeza zaman ke zaman..
Sungguh, wahai teman2 berfikirkah kamu cara mendapatkan emas..? ada emas akaun,, iaitu di Maybank dan public bank.. terdapat jongkong emas di kedai2 emas... simpan lah ia... dan bayar zakat emas..
Sekadar berkongsi maklumat.. mari kita ramai2 menjadi penyimpan emas.... emas tulen.. bukan emas palsu..
wasalam.. Semoga Allah merahmati kalian yang membaca...
Tolong sedekahkan Al-fatihah buat nendaku.. halimah binti abu..
Juga Sedekah al fatihah buat semua umat islam yang telah kerahmatullah.. Al-fatihah..
Sunday, January 23, 2011
Finally fine the product...
dalam hidup apa yang utama untuk kita? selain kemewahan dan kekayaan duniawi?
iaitu perkara penting melibatkan kesihatan.. Akhirnya bertemu dengan produk bukan sahaja kesihatan tetapi melibatkan produk kegunaan harian..
1) pernah mendapatkan info dari persatuan pengguna pulau pinang tentang setiap kegunaan harian kita mempunyai kandungan toksik dan bahan kimia, antaranya ubat gigi, syampoo, sabun badan, sabun pakaian, sabun lantai dan sebagainya. Kira dari hujung rambut sampai hujung kaki, penuh dengan bahan kimia yang berbahaya.. dan menyebabkan kanser...
Kita sedar perkara tersebut dan masih menggunakannya kerana ia di miliki dan mudah dibeli di supermarket.. adakah ada barangan pengganti yang FREE environment dan tidak mempunyai bahan kimia? tentunya ADA... kerana masih ramai pencinta haiwan, pencinta alam sekitar diluar sana yang membuat kajian untuk mengeluarkan produk yang Free ENvironment...
2) Harga yang berpatutan dan mudah diperolehi..
Produk yang ada mudah diperolehi dan harga berpatutan dan tiada berlaku pembaziran..
3) dan terpenting produk yang baru aku temui ini adalah KUALITI, walaupun jenama kurang popular di negara kita..
4) boleh jadi pengguna secara terus kepada produk itu..
5) Tiada masalah dan membantu kita dalam menyelesaikan masalah penggunaan barang kegunaan harian yang mempunyai bahan kimia...
Adakah kita patut bertukar kepada produk yang ECO Safe terburu-buru? jawapannya tidak sama sekali.. KErana budaya kita menetapkan bahawa LOGIK baru beli dan adverstising terhadap barang harian di TV sangat berpengaruh..
MAka.. Berhenti secara perlahan2 terhadap produk sedia ada kita gunakan.. KErana UBAT gigi ada bahan pengakis, sabun mandi boleh mendatangkan kanser.. Rujuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang.. yang telah menerbitkan buku tentang 101 produk harian yang berbahaya...
Sekadar berkongsi maklumat.. agar kita dan keluarga kita .. kawan2 kita terlepas dari penyakit yang tidak dapat dikesan.. hanya kerana kegunaan harian kita yang mendatangkan bahan kimia.. CAP
Itulah produk MELALUECA.... Eco Sense
