Wednesday, April 13, 2011

Jiwa anak melayu

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Anak melayu ini dilahirkan dengan kasih sayang.. Di sebuah kg kuala kubu baru, yang penuh dengan hidup kepartian dan kemelayuan. Ayah nya umno, mak juga umno, atuk umno. Pakcik pula aliran islamik iaitu pas.. “anak melayu” serba salah untuk menentukan hidup dalam memilih, .. “anak melayu” membiarkan dirinya untuk tidak memilih, kerna dia masih kecil lagi dalam dunia politik sempit ini.

Di tv .. “anak melayu” lihat, umno terbaik, semua kerja baik, pembangunan, ekonomi, naik harga minyak juga baik.. dia menjadi pelik, kenapa ini berlaku? Semuanye baik-baik belaka… sedangkan movie doraemon yang dia tonton dan minat juga ada watak jahat, dan dalam baik ada jahat dan keburukan.. namun, tepat jam 8 malam .. “anak melayu” ini tercegat depan tv untuk dengar berita jam 8.. sedang bapaknya sibuk dengan cerut dan Nescafe nya.. sambil mengelap kasut hitam untuk bertemu YB esok hari. Bapaknya pengampu orang kaya..

.. “anak melayu” nak tegok apa berita malam ni.. mesti best kalau dengar pasal bunuh, rogol, tanah runtuh, gro. Semua negative dalam fikiran anak muda ini… terasa juga sesekali untuk langgan gro.. bisik jiwa nakal.. jangan paksa dia berlaku dusta.. kerna dusta itu nyata..

Sedang dalam bicara ditemani mak, yang kuat menjahit, menjahit baju Datin salbiah Hassan, wanita umno.. mak juga pengampu orang kaya.. “anak melayu” ni pun anak pengampu agaknye bila da besar. Berita malam ini, dia amat teruja…. Kes liwat.. eeee.. liwat tu apa? Sodomi tu macamna? Hati kecil bertanya.. terus tutut lincah lidah bertanya kepada mak..

mak jawap ringkas.. Tanya bapak kau.. dia sememangnya takut dengan bapak.. belum sempat bertanya.. terpacul dari mulut bapak.. dasar kaki bontot, memang patut kau keluar dari umno… takde maruah,. Pengkhianat agama… ajen CIA.. haram jadah””… wow bapak sangat sensitive dengan politik.. terus .. “anak melayu” masuk ke bilik.. x ingin didengar cacian dan makian dan umpatan.. mak dan bapak.. terhadap si “Peliwat”.. benak hati “anak melayu” berkata.. “apa itu liwat.. kaki bontot tu dia suka bontot ka.. pompuan takde bontot ka.. aku jadi blur””…

ESOK, hari sekolah… bosan.. hari-hari sekolah ada sejarah… “aku tak suka sejarah, cikgu sejarah dan semua yang berkaitan sejarah.. esok.. aku nak buat-buat demam”..perancanagn untuk ponteng kelas”.. hehe.. hope Berjaya.. bisik .. “anak melayu”..

Dia coretkan nukilan tentang apa dia rasa tentang bapak dan maknya.. mereka ajarkan dia tentang agama.. jangan memaki hamun, fitnah, mengumpat, adu domba.. tapi mereka buat itu di rumah.. mereka hina melayu Pas. Islam PAS sebagai kolot.. mereka umno.. islam macamana pula,,,,..

DIA tertekan dengan hidup ini.. living is hard.. .. “anak melayu” ini inginkan kenyataan dan fakta.. mana betul mana salah.. agama dia anuti sekarang betul boleh bawa dia ke syurga kah?? Agama Islam ajarkan tentang Sabar, Berbuat baik.. tapi kehidupan seharian… aku anak melayu.. mak aku melayu.. bapak aku melayu katanya…

“”Salah kah aku melayu.. kalau aku rasa tertarik dengan fakta dari PAS. adakah aku bukan melayu lagi.. kalau tau bapak aku.. mampus aku dikerjakan.. walaupun aku pergi tarbiyah ketika aku kecik.. aku ingin carik kebenaran…. Melayu pas pun rupanya sama.. ada maki hamun melayu umno.. Ya Allah.. siapa yang benar sebenarnya.. kenapa umno dan pas tak ubah.. sama satu dan lain.. si umno hina si pas.. si pas hina si umno…. Apa kah bila pas buat dapat pahala.. umno buat dapat dosa??””.. Perasaan panas .. “anak melayu” membuak-buak..

KAlau si umno cakap si Pas.. orang pas kata fitnah,, namun kalau si Pas mengata umno. Tak kira pula fitnah… tapi dianggap Fatwa pula.. ya salam..

Menurut “anak melayu” lagi… Agama apakah ini.. melayu apakah ini??.. aku di usia yang muda ini sudah terpikir apa akan jadi ketika aku usia 30an nanti.. kalau perpecahan ini selalu terjadi.. aku anak kecil yang inginkan melayu bersatu… umno bapak ku, jentera-jentera, dan ahli umno biasa rajin bekerja untuk parti.. tapi sayang Presiden dan MT umno yang tertinggi korup dan kurap.. manakala PAS.. kepala dan nakhoda nik aziz bagus… namun yang bawah-bawah.. hancus… APakah? DAP dan PKR??

MAna pejuang melayu aku nanti.. aku ingin menjadi macam onn jaafar.. pejuang bangsa,.. untuk semua.. tak kira kaum.. namun sayang.. idea membuka umno kepada orang luar tak diterima.. Impian si “anak melayu”

Akhirnya.. terbuku semangat kemelayuan aku.. aku mempunyai cita-cita dan harapan agar melayu itu bersatu. Kita sesama kita sama agama, bangsa. Aku berdoa agar, satu hari kita akan bersatu.. atas panji melayu dan islam.. Adakah bila kita bersatu, kita menyisihkan kaum lain? Bukan itu maksudku.. yang kita patut amalkan islam sebenar. Yang berlaku adil kepada semua kaum dan bangsa.. kita manusia hidup seangkatan dan bersatu.. aku suka bila pergi ceramah PKR bersama kawan-kawan, kadang-kadang ada kelompok cina DAP yang datang, bersalaman orang melayu. Aku teruja dan suka sangat.. kerna kita sebenarnya melayu dan cina dan india boleh bersatu. Kadang-kadang dalam ceramah DAP, orang PAS ada juga berucap, bayangkan orang cina mampu memberikan sokongan pada PAS.. ini baru 1 Malaysia yang sejati.. bukan retorik.. aku sayang bangsa ku.. dan ku ingin bangsa lain juga bersatu besama bangsa ku.. membentuk NEGARA MALAYSIA>>>>>>>>>> jiwa anak melayu..

PS: Walaupun tak berharta, tapi aku ingin hidup senang. Sudah lama tidak merasai nikmat hidup.

No comments:

Post a Comment