Saturday, February 12, 2011

Demonstrasi mengajarkan anda nilai merubah atau dirubah.

Tentunya kita sedia maklum tentang Mesir yang bergolak. Apakah kesan pergolakan kepada kita? Terutama diri kita? Ada kesan? Tentunya secara besar tiada tetapi di perhalusi.. tentunya ada kesan..

Anjakan paradikma perlu untuk menuntut sebuah bangsa dan Negara bergerak seiring 1 matlamat. Untuk menjatuhkan kekejaman pemimpin yang zalim. 30 tahun bukan satu masa yang sekejap untuk membentuk kekuatan seperti itu di mesir..

Apakah kelebihan berdemonstrasi ini? Kalau budaya kita tentunya semua orang takut.. kerna di tangkap dan di ugut dan dihumban kepenjara.. kerna apa? Pemimpin itu risaukan kuasa mereka akan berkurangan.. Sedarkah mereka, andai dihukum seseorang itu, akan menambahkan dendam dan kekuatan dalaman yang akan merubah pada masa depan.

Kita kenang saat onn jaafar berkumpul untuk menentang Malayan union. Apakah tindakan kerajaan pada masa itu? Anda sendiri dapat ketahui.. adakah onn jaaafar takut? Tentunya tidak.. teruskan berdemonstrasi.. dan menentang.. dan akhirnya.. menjadi rentetan kepada kemerdekaan sebuah Negara bangsa…

Kemudian pada 1998, berlaku reformasi, demonstrasi besar-besaran.. Adakah ia memberikan kesan kepada Negara? Tentunya ada… walaupun kerajaan masa itu tidak tumbang, tetapi anda lihat. Apakah berlaku pada hari ini.. setelah 13 tahun berlalu? Mungkin kah kita menunggu 20 tahun lagi?

Cepat atau lambat bukan penting. DEmonstrasi untuk menyuarakan kehendak, untuk diadili dan dihormati semua kerajaan terhadap rakyat..

Pada hari ini, anda lihatlah sekeliling anda.. tidak kira BN atau pembangkang.. pasti ada yang turun ke jalan raya.. berdemonstrasi menuntut hak mereka.. kenapa mereka percaya cara ini boleh jadi baik?? Kerana mereka tidak percayakan system sedia ada.. yang memihak kepada yang berkuasa.. buat baik tetapi kerajaan tak tentu lagi buat baik.. malahan melewat2kan dan melengah2kan.

Oleh itu, mari kita semua, semai dalam jiwa2 yang tenang bahawa.. cara baik yang anda lakukan untuk memenuhi sesuatu namun masih sukar.. apalah salah kiranya, anda mengunakan kekerasan untuk menuntut hak.. dengan percaya bahawa demonstrasi adalah senjata terakhir... untuk menjatuhkan kekejaman dan menegakkan keadilan..

No comments:

Post a Comment