Pilihanraya kecil Hulu Selangor sudah melepaskan tirai nya dengan membawa kemenangan kepada P. Kamalanathan calon dari BN. Tahniah Yb. Untuk PKR, pemilihan calon dan jentera belum cukup baik untuk memenangkan PKR seterusnya mengekalkan kemenangan. Apakah kesan daripada Pilihanraya ini kepada diriku?
by election ini memberikan kesedaran bahawa rakyat memilih parti dan melihat parti sebagai yang utama, calon siapa pun tidak dilihat, kalau kita lihat kempen, BN dengan membawa wajah2 PM, TPM untuk meraih undi. Orang ramai pastinya terasa, bahawa undi kepada P. KAmal maknanya undi PM dan TPM maka mana mungkin melayu sokong india, sedangkan cina sokong melayu..
masalah etnik jarang lagi di perjuangkan dan isu etnik tiada dalam by election ini.
PKr meletakan calon zaid ada sedikit kebimbangan dikalangan hati pengundi, mana mungkin calon dari kelantan menjadi wakil mereka?
lagipun isu zaid keluar umno masih segar. adakah ramai pengundi melayu akan sokong pengkhianat parti? mungkin hari ini calon itu keluar umno, esok lusa keluar pkr semula.. ini semua politik.
Orang kampung-kampung sumber maklumat mereka adalah arus perdana, televisyen, suratkabar metro, b.harian dan utusan yang menyemai semangat kemelayuan itu kuat.
namun bila calon BN bukan india, disemaikan semangat mengundi BN. Ini semua politik kepartian. MAsyarakat mana yang tak terpengaruh bilamana setiap hari diuar-uarkan dalam tv.? siapakah ingin menidakkan berita perdana? sedangkan itu semua agen Propaganda kerajaan untuk mendapatkan undi. Lagi di tunjukkan keburukan PKR>
Bagi saya, undi PKR dapat dari kaum cina yang mendapatkan maklumat dari akhbar mereka, yang lebih menyokong kearah keadilan, menghalang kezaliman BN.
Golongan muda dan internet sememangnya sukar dibezakan, mereka mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. hanya mereka yang menilai, mana baik dan buruk.. maka PRU akan datang. diharapkan agar kerja2 dan jentera-jentera PKR bukan hanya melalui internet, tetapi sebarkan risalah secara rumah kerumah, agar orang2 kampung dapat maklumat... dan memilih. dan memikirkan mana yang hak..
walau apa pun.. kalah atau menang PKR> PKR tetap dalam hatiku..
dulu kini selamanya.. Insyallah...
No comments:
Post a Comment