Saturday, August 7, 2010

Aku bukan penulis

Ramalan ku benar belaka... aku bukan seorang penulis.. dalam membaca kembali tulisan aku sebelum ini aku lihat tulisan aku semakin mendatar.. tiada apa yang menarik menjadikan orang membaca.. kenapa? sebab jalan cerita aku tiada awal, tiada hujung dan terapung-apung menjadikan orang hairan dan kisah apa lah yang dituliskan..

Namun, yang aku titik beratkan adalah tiada kesalahan ejaan... kenapa? kalau kita salah menaip menunjukkan kita tidak peka kepada diri kita, maka aku menulis dan sedaya upaya mengelakan kesalahan ejaan.

Untuk pengetahuan, kiosk telah diberikan nama iaitu Qay-U yang akan disebut-sebut dan mudah diingati. Dalam kiosk ini, kepelbagaian akan disediakan.. pelbagai komen dan cadangan pelangan sentiasa di utamakan.. Walaupun ada persaingan yang sihat, namun kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik.. Serbaneka dan semua ada itu motto kami.. sekarang langkah demi langkah diatur untuk membawa barangan luar ke sini..


Semoga setiap percaturan itu mendapatkan bahagia..

""Ingat Kiosk ingat Qay-U @ Kayu""

No comments:

Post a Comment