
Assalamualaikum wbt. Selesai sudah kehidupan sebagai pelajar. Sekarang meniti kearah menjadi lebih hebat di luar. BErfikir lebih kreatif dan peka. Aku ingin menjadi lebih baik. walaupun dulunya aku bukan seorang yang baik. Aku sedar siapa aku sebelum ini. Seorang yang bebas mencaci, memaki dan mengkritik orang lain. Itu zaman kegelapan dan jahiliah. Sekarang ingin menjadi lebih sukses dan positif. Kritikan orang sekeliling sememangnya mematangkan jiwa ku agar menjadi tenang. dunia aku sekarang semakin berubah. Aku akan meniti kehidupan akan datang sebagai apa yang aku inginkan. Menjadi lebih profesional dan teratur. Menjadi sesuatu yang berharga buat orang lain disekeliling kita.
Itu yang aku rasakan. Bila kita tenang kita akan dapat selesaikan apa sahaja masalah yang ada. Aku masih dengar pesan pensyarah ku. Rajin2 bersedekah.. Marilah kita sama-sama rajinkan diri bersedekah. Wasalam... Fadh dulu dan sekarang adalah 2 insan yang sama nama lain karakternye.... doakan aku agar menjadi lebih baik..
No comments:
Post a Comment