Friday, December 24, 2010

Selamat hari Krismas

Ucapan selamat buat kawan-kawan dan insan yang bakal menyambut hari besar bagi agama kristian...

Selamat HAri Krismas...


Setiap agama itu ada perayaan mereka dan kepercayaan mereka. Semoga mereka bersama dan menjadi orang yang beragama.. lebih mulia dari orang yang takde agama seperti free thinker..

Perayaan itu sangat membahagiakan, menjadikan kita mengenang siapa lahir kita, apa kepercayaan orang sekeliling kita. bila kita tahu dan mengerti jiwa dan kepercayaan orang lain, Insyallah kita dapat menghormati orang lain.

Soal agama adalah melibatkan jiwa dan spiritual atau kerohanian.. Kita bukan hanya ada fizikal seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga yang kita lihat sejak kecil lagi. tetapi kita mempunyai pancaindera lain yang dapat mengerti alam sekeliling kita. Kita bukan hanya lahir sebagai kita sahaja.. Tapi bersama dengan alam lain.. iaitu alam ghaib..

Semaikan jiwa-jiwa yang tenang dalam menghadapi hidup.. bersama orang yang lain kepercayaan, agama, warna kulit.. kerana apa? akhirnya kita akan rasa syukur.. dan mengetahui kebesaran Tuhan yang esa.. yang menjadikan manusia berbilang bangsa...



No comments:

Post a Comment