Dari sebuah desa, lahir seorang insan yang serba kelemahan dan kekurangan. Dilahirkan kurang upaya dan mempunyai jati diri yang kuat. Idea yang bernas dan berjiwa merdeka. Dari lahirnya dia tidak kenal erti berputus asa mengejar impian nya.. untuk menjadi Pensyarah dan orang yang terkenal.
Kekangan anggota badan menyebabkan cara dan gerak badan yang kurang menjadikan ia lemah dari aspek fizikal. Adakah tuhan adil? Ya tuhan maha adil, dijanjikan bahawa manusia itu diciptakan sesempurna kejadian.. walaupun kekurangan dari segi fizikal namun tuhan memberikan dia sebuah pemikiran yang tajam, penglihatan yang jauh dan semangat yang tinggi. Manusia sempurna belum tentu dapat berfikir seperti dia. Hebat dari pelbagai aspek. Boleh mempengaruhi orang lain. Apakah kita? Yang sempurna badan. Tapi masih bertatih dan bermimpi dalam alam sendiri khayalan.. sedangkan dunia sekarang bergerak laju, persaingan semakin sengit dan kehidupan lebih terbuka..
Tahun demi tahun dia melangkah arus, menongkah arus dan melawan arus hidup yang biasa. Walaupun ia bukan biasa namun dia menjadikan ia seperti biasa. Dia tidak kenal erti kalah, walaupun sudah jatuh, dan ditimpa bala bencana namun dia tetap gagah.. itulah hebatnya ciptaan tuhan.. tuhan sayangkan dia dan kita semua.. supaya kita lihat dengan mata telinga dan hati kita orang sekeliling kita. Bukan duduk mengenang siapakah kita, apakah hebat kita. Dan kita lupa sebenarnya kita hebat andai kita mengerti insan lain dan mengakui kehebatan orang lain.
LAngkah demi langkah beliau teruskan hidup tanpa bergantung pada orang lain. Biarkan dia dengan caranya, lagaknya, pertuturan dan idea dia. Kerna dia ada memikirkan tentang dia. Dia tidak pernah lokek ilmu, tidak pernah lupa jasa orang bantu dia, dia boleh jadi pemimpin yang memimpin, bukan pemimpin di pimpin. Suaranya lantang, dia lagak singa kelaparan kala orang lain buat salah, namun, jarang kita lihat dia marah depan khalayak ramai. Kerna dia tahu menghormati orang lain. Apakah kita yang sempurna menghormati orang lain? Aku jua masih belum mampu menghormati orang lain. Aku akan cuba untuk menghormati orang lain.. supaya diri kita dihormati. Insyallah.
Kebahagian dan kegembiraan orang lain lebih utama berbanding dirinya sendiri. Biar orang lain kenyang sedang ia berlapar, biarkan orang lain mendapat cinta sedang ia terus mencari cinta, biar orang lain Berjaya, sedang ia masih berjalan tempang. Asalkan kebahagian orang lain itu kegembiraan dia. Boleh kah kita mengutamakan orang lain daripada diri kita sendiri? Aku masih bela diri sendiri dan mengutamakan kebahagian sendiri. Walaupun aku sempurna, aku masih belum mampu jadi seperti dia. Apakah kejam diri kita? Sanggup membiarkan orang lain derita sedangkan kita gembira? Ataukah kita biarkan kita menderita orang lain gembira. Anda pilih jalan hidup anda. Kerna anda tentukan..
Samada kita ingin menjadi OKU berjiwa sentimental value. Atau orang yang sempurna yang angkuh? Andai pernah aku angkuh sungguh itu aku berjiwa muda. Andai aku dulu sombong itu aku dulu, andai aku menyakiti, itu aku yang ego.. kerna “hidup ini ibarat layang-layang”, dunia untuk neraka, neraka untuk jahanam. Syurga untuk mereka yang taat..
Coretan sebagai peringatan dan penilaian kita berbeza dengan OKU. Andai kita dapat melihat seperti mereka melihat, alangkah bertuahnya kita menjadi manusia. Selamat beramal…
No comments:
Post a Comment